Showing posts with label CERMIN DIRI. Show all posts
Showing posts with label CERMIN DIRI. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Gerak Suci



Nafas ku keluar masuk,
Kanan untuk Allah,
Kiri untuk Muhammad,
Aku yang bernafas.

Semua dengan izin,
Semua dengan gerak,
Raja badan Roh,
Perdana menteri minda.

Dikawal selia oleh hati,
Digantung tak bertali,
Bertali tak digantung,
Ibarat air pasang surut.


Merah air muka,
Panas ditelinga,
Kembang dikepala,
Bukan lagi alam nyata.

Belajar erti bersabar,
Belajar apa sabar,
Jadilah penyabar,
Mudah elok di padang mahsyar,

Niat yang baik,
Datang dari desakan murni,
Belajar benda suci,
Kelak jadi wali.

Mari kita mengaji,
Dalam perjalanan hidup,
Seperti daun luruh kebumi,
Melihatlah dengan tanda.

Apa yang ku tulis,
Senda gerakan jari jemari,
Terkadang ikut cerita dulu,
Inilah dia pengalaman duniawi.

Friday, November 27, 2009

Merokok : Antara Tabiat dan Ketagih


Kata orang merokok merugikan dan membahaya kesihatan,
Fakta telah membuktikan bahawa ramai yang mengidap penyakit kronik seperti,
Jantung, darah Tinggi, dan lain lain.

Penulis juga seorang perokok,dari kaca mata penulis merokok hanya perbuatan yang sia sia malah merugikan kerana harga rokok agak mahal.Tujuan hari ini penulis mengupas tentang rokok adakah kerana ingin memberi kesedaran sendiri bahwa penulis sendiri seorang yang zalim pada diri.

Seperti sepotong ayat al-Quran ; Janganlah kamu sengaja mencampakkan tangan2 kamu kedalam bahaya kebisaan.

Tuan Tuan dan puan puan, asuh dan didiklah anak2 saudara sekalian supaya tidak mengamalkan TABIAT atau KETAGIHAN Merokok