Satu Medan Penceritaan Pengalaman Hidup Penulis, Dan Sedikit Perkongsian Ilmu Induk Penyucian Diri Antara Cabang-Cabang Tarekat, Tassauf dan Sufi.Dengan Sedikit Ilmu Pengetahuan Anugerah Tuhan dan Percambahan atau Pengembangan Dari Guru- Guru Asal Penulis.Semua Yang Terkandung adalah Dalam Kalam Hak Allah .
Showing posts with label Jurus Hidup. Show all posts
Showing posts with label Jurus Hidup. Show all posts
Monday, January 30, 2012
Titik Persamaan , Ruang Perbedaan.
Bila penaku berhenti,
Terhenti kata kataku,
Lisan ku berkata lagi
Pundakku mengerti,
Mula baca mengaji,
Kalam Kalami ,
Usul asal menyusuli,
Asal azali..
Mula menyelami..,
Salah sedari,
Leka alpa mengenali,
Suci Bahsa Wali,
Sukar dikongsi.
Byak kesamaran
Pemerhatian Awamiah..
Terumpun Pemahaman
Terumpan Perbedaan..,
Berbeda sesama Kumpulan Sendiri,
Walau Serupa Yang Dianuti..,
Apa ada dengan lambang,
Apa ada Dengan Ramai,
Gah juga tidak Direstu..,
Walaupun berundur tak kalah.
Adat menang dunia ...
Atas carian nawaitu sendiri .
Sukar berkongsi kongsi..
Rasa bersama tak sepersamaan
Rasa paham tak sepermahaman
Duduk sekali tak Bersekeduukukan,
Ibarat Berdehem Batuk ..Tapi Maksud Tak Serupa.
Bak Ular Menyusur Akar..
Namun Bisa Takkan Hilang..
Destinasi alamat Sama,
Sampai tiba masa Tak sama,
Dapat berbeza,Bawa Sendiri Jalan Sama ...
Bejalan Kawat kaki sama seinci,
Lengggang tak serupa.
Tiada hebat dipandang.Disanjung.
Namun kosong amali.
Dia Rahmat Dia Rahim, Dia Razak. Dia Qadir
Tuhan Sekalian Alam,
Dalam Alam Adanya Adam,
Yakni Kita Semua.
Tiada Daya Kita Tanpa Izin Nya Jua...
Lang --AFIF-- Puteh
Jitra 5.15pm
Isnin 11/03/2013
Thursday, January 28, 2010
Jurus Hidup

Wahai sahabat,
Wahai saudara,
Wahai rakan,
Serta Taulan.
Berani bersua kerna benar,
Ilmu didada disimpan rapi,
Bagai lembu dengan pedati,
Berdiri tidak bertali,
Tidurlah dalam jaga,
Baringlah dengan akhlak,
Ciumlah bau limau kasturi,
Mandilah pada malam khamis.
Kifarah cukup hebat,
Tak tertanggung jasad,
Itulah dia tarekat,
Berhati hati terima ijazah.
Anak muda darah baru,
Kurang sabar jadi penentu,
Ambil turutan tang benar,
Pelihara dari yang palsu.
Anak Anak ku sekalian,
Bersabar lah kamu semua,
Itulah anak kunci hidup,
Berpedoman lah dengan terdahulu.
Mari kita siasat,
Siapa kita sebenarnya,
ingat jangan sesat,
Akhirkan dengan taubat.........
Suntingan dari Sheikh Uthman Lenggong dan Bagindo Mukctar Palembang
Subscribe to:
Posts (Atom)