Thursday, February 2, 2012

DOKTOR DARI SEBERANG...

mudah bercakap tanpa rasa.
sesal kemudian tiada guna.sendiri meratapi
pelik manusia ini,endah sekeling,
ya aku ,maseh begini.namun org faham begitu.

ingin kurasa patut akur,
hanya gurau sinis bagai ,manja dalam kesamaran.
adakah ini agenda ,
tidak ini adalah aturan ilahi untukku

renungkanlah sahabat sahabat ku.
yang kini kita bertengkar sesama sendiri,
,mari duduk bersama walau sebentar,
ini kekeutan sebenar.

cukup setakat ini,
cu,ma aku rasa semua yg kita dapat tak mesti kita nak,
dan kita nak tak ,mesti kita dapat...

afif yaccob vs wan othman
10.30am.2 feb 2012

Monday, January 30, 2012

Titik Persamaan , Ruang Perbedaan.
















Bila penaku berhenti,
Terhenti kata kataku,
Lisan ku berkata lagi
Pundakku mengerti,


Mula baca mengaji,
Kalam Kalami ,
Usul asal menyusuli,
Asal azali..
Mula menyelami..,

Salah sedari,
Leka alpa mengenali,
Suci Bahsa Wali,
Sukar dikongsi.

Byak kesamaran
Pemerhatian Awamiah..
Terumpun Pemahaman
Terumpan Perbedaan..,
Berbeda sesama Kumpulan Sendiri,
Walau Serupa Yang Dianuti..,

Apa ada dengan lambang,
Apa ada Dengan Ramai,
Gah juga tidak Direstu..,
Walaupun berundur tak kalah.
Adat menang dunia ...
Atas carian nawaitu sendiri .
Sukar berkongsi kongsi..
Rasa bersama tak sepersamaan
Rasa paham tak sepermahaman
Duduk sekali tak Bersekeduukukan,
Ibarat Berdehem Batuk ..Tapi Maksud Tak Serupa.
Bak Ular Menyusur Akar..
Namun Bisa Takkan Hilang..

Destinasi alamat Sama,
Sampai tiba masa Tak sama,
Dapat berbeza,Bawa Sendiri Jalan Sama ...
Bejalan Kawat kaki sama seinci,
Lengggang tak serupa.
Tiada hebat dipandang.Disanjung.
Namun kosong amali.
Dia Rahmat Dia Rahim, Dia Razak. Dia Qadir
Tuhan Sekalian Alam,
Dalam Alam Adanya Adam,
Yakni Kita Semua.
Tiada Daya Kita Tanpa Izin Nya Jua...

Lang --AFIF-- Puteh
Jitra 5.15pm
Isnin 11/03/2013





















































Wednesday, January 25, 2012

Sunday, January 22, 2012

BilaTin Kosong Berbunyi.....

ramai menanti dikedai kopi,
berseri seri bila menanti,
mula cerita itu ini,
mula menuduh membuta tuli,

bila asyik berbicara,
bahasa sebagai senjata,
dipacu oleh sang hawa,
mensyuarat bertukar mencela kata,

mana dia hormat hormati,
mula membuka aib aibi,
mula menuding jari jemari,
hilang lah sifat munundukdiri,
timbullah sifat mula membenci,
ujudlah sifat membenci diri,
sombong bongkak berdiri sendiri,
pejamlah mata matilah hati,

semua patut diteladani,
bukan lagi maki memaki,
nukleoskan nur cahaya rezki,
jadilah seperti sifat sang padi,
makin menunduk bila berisi.

Kosa Kata Penulis :-

Pada era global musim baru lembaran tahun 2012,segala pintu punca rezki menjadi bahan  cerna rasa ,mula berbicara tentang poket yang tengah kering, kurang kerja,kurang pula isi poket,adat ,manusia bila ada lupa alpa, bila ada lupa diri.

Ditempiaskan bila menyanyi sering dilupai,bila melupai sendiri berasa sepi.Bukan perbuatan org luar ianya akibat diri yang sering melupai dam melupakan.Yang hadir bersama bila senang ,yang meninggaklan bila susah.Ini semua rahmaat dan rahiim nya agar kita selalu ingat tidak sesekali melupakan Nya..
12.40pm ahad-Anak Bukit


Tuesday, January 17, 2012

Ujian Ku Sangka Anugerah

Segunung harta,
Setimbun emas,
Makan nan mewah ,
Cerita yang indah,

Itu tampilan sementara,
memberi tamparan kelekaan,
yang mengancam alpa leka,
ditengah tengah kesihatan,
ditepi tepi kesanjungan,
dibelakang ramai jadi tunjang,
tujuan hunus mata rambang,
disebalik hak mata hati jiwa.

Kesedaran ini dinilai kembali,
apa betul dan apa salah,
itulah sebaik timbangan diri,
diam tak takot,berundur tak gentar,
ini semua hanya boneka mata,

lantas jadi diri kita,
jangan jadi orang dirinya,
cuba cuba kenal diri,
itulah cahaya nur kenal ilahi....

afifmalaya.blogspot.com time 2.07pm ( 17/1/2012 ))

Thursday, December 22, 2011

Riwayatku..

1)aku dikandung ibuku,yang mengandung,aku mengendong apa yang terkandung,kendongan terkadang dilupai,namun apa yang ku kandung sepanjang hayat.

2)aku asyik serta asyik mencari cari hakiki hidup, dalam kealpaan mencari hakikat alam,kita berhubungan dengan pencipta, makhlik, haiwan,tumbuhan,dan alam.

3) Setiap peristiwa baik , buruk, sakit demam, kaya miskin, bahagia duka adalah satu cabang ilmu tuhan yang disembah atau diterjemahkan dalam kehidupan kita sejak lahir hingga mati.Namun apa yang dapat, yang dicari belum tentu itu matlamat hujung kisah seorang hamba di alam fana sementara.

4) Sungguhpun umur ku kerdil ,pengalaman diri dlam kehidupan zahir batin melinkari batas yang maseh dapat nisbah sebagai rahmat dan rahim dariNya.

5)Sungguhpun cinta itu kekal, tp maseh ada yang belum telus n ikhlas dengan cinta cintanya hingga diizinkan,terjemahkan semua jalan yang dilalui dengan nilai pengalaman yang indah walau pahit.Hitung masa yang berbaki sedikit untuk mencari damai hati bukan damai mata,damai harta, damai lakonan, damai sementara, damai leka alpa. damai adalah suaatu yang begitu berbeza antara insan sebab hala tuju dan niat tidak sama.


6) Hubungan kekasih atau pengasih hanya dihati kecil yang begitu abstract dan perlu dilapik dengan sedikit menerima,redho, kerna x semua yang kita nak dapat, tak semua kita dapat apa yang kita nak.

Kesimpulan..ikatan yang tersimpul buleh dirongkai,namun jika hati terikat maka simpulan itu seperti patri yang susah dileraikan.apa yang bergantung ibarat kasih ombak pada pantai,air pasang ia sampai ke pantai, air surut ia di tengah.Jadi dengan sedikit coretan pengalaman penulis ini boleh di sabdikan segala aspek kehidupan manusia.Sebagai insan takdir dan waktu adalah ketentuanNya.ameen



Saturday, October 22, 2011

ANTARA MENGODA , TERGODA DAN DIGODA

PADA SUATU KETIKA , CENDERWASIH TERBANG UNTUK BERKAWAN,ARAH TUJU YANG SAMA, NAMUN TUJUAN YANG BERBEZA.TANPA MENGHITUNG SEGAN SILU LALU BINGKAS MENGGUNAKAN SALAH LAKU.

PADAKU INI SEMUA PETUNJUK MAHA AGUNG TUHAN YANG MENGETAHUI SEGALA DAN MENTU SEGALA.HEBAT NYA PUTERI BALQIS YANG SANGGUP MENGHABISKAN HARTA DAN JIWA UNTUK MEMPERABDI DIRI PADA NABI YUSOF.LANTAS CINTA KASEH PADA HAMBA BERTUKAR MENJADI CINTA HAKIKI PADA ILAHI

PENULIS HANYA MENGARANG MENGIKUT RASA DAN GERAK HATI BUKAN UNTUK DITUJUKAN PADA SESIAPA , HANYA DEMI UNTUK MENJADI SENJATA TARBIAH WALAU DIRI INI LAGI KERDIL DENGAN ILMU .

WE SHARE : 1. MINDA KELAS KETIGA ( CAKAP TENTANG ORG LAIN )
2. MINDA KELAS KEDUA ( CAKAP TENTANG ACARA; SUKAN , HIBURAN )
3. MINDA KELAS PERTAMA ( BERCAKAP TENTANG IDEA & PENDAPAT )

Wednesday, April 28, 2010

Rugi Rugi dan Rugi Kalau Begini

Cerita Kedai Kopi/ Cafe Selepas solat subuh, Di hening pagi nan segar, Bermula lah seseorang peniaga, Sebuah warung kopi. Mula berlagang menyusun gerainya, Antara jam 7 pagi, Orang ramai bertuntun datang, Kopi O , teh tarik menjadi menu. Pekerja kebun dan ladang, Turut singgah untuk menghirup, Sealas kueh mueh yang di saji, Mengalas perut sebelum berkerja. Banyak aktiviti ceritera semalam, Menghiasi meja tamu kopi, Bertambah riuh pekak, Dan sorak sorai Sang Murai. Pelawat bersimpang siur, Menukar arus keluarmasuk kedai, Ada yang tinggi bermisai, Ada yang rendah berjanggut. Ada watak bertudung, Berlakon berhari hari, Terlihat jua yang patuh, Tegap sasa terlihat di mata. Aku duduk menyendiri, Menyelam dari gamat suasana, Ku turut genggam tomahan, Yang gelumang dengan pakej Kedai Kopi..

Nukilan : Insan Kedah

Amal dan Azam 2010

Berazam beerti berniat,
Niat baik satu ganjaran,
Niat kita adalah satu,
Mengaharap redho Ilahi.

Mengadap sopan lidah Melayu,
Tajam siulan si burung hantu,
Gegak gempita kilat dilangit,
Minum seteguk madu beracun.

Bersumpah setia dengan daulah,
Daulah berdaulah Si Raja Kedah,
Separa iman kesetiaan Negeri,
Sanggup berkorban demi Sultan.

Alam pula berpecah dua,
Alam ghaib dan alam nyata,
Carilah kunci si wali,
Agar tak sesat kemudian nanti.

Belajar ilmu tinggi menggunung,
Tunduk kebumi melaknat juah,
Rendah diri budi pekerti,
Seperti padi tunduk kebumi.

Burung puteh terbang petang,
Diselang seli sahutan ayam,
Inilah dia taman idaman,
Cendraloka taman firdausi.

Jangan menabur fitnah duniawi,
Bersabar beerti menang hakiki,
Jangan lokek ilmu di dada,
Supaya aman dan sentosa.

Cinta negeri sebahagian Iman,
Kedah Sejahtera
Berjaya Kubang Pasu
Indah Bandar Jitra..........Wasalamun Alaik

Thursday, February 11, 2010

Tiang Solat


Apa makna tiang solat,
Apa bentuk tiang solat,
Siapa yang bina dia,
Siapa yang jaga dia.

Aku ditanya orang,
Apa tiang agama,
Dijawab tiang agama solat,
Bila ditanya apa tiang solat.

Tertiblah jawapannya,
Bermula dengan niat,
Berakhir dengan salam,
Namun mula dibahas.

Mungkin ramai yang tahu,
Mungkin ada yang belum kenal solat,
Mungkin ada yang mencuri dalamnya,
Aku juga ampuh dengah solat.

Jika ilmu duniawi penuh didada,
Jangan pula alpa dengan santapan rohani,
Sudah menjadi kebiasaan meninggalkannya,
Ini yang ditakuti dan digeruni.

Mari kia saling mengkaji,
Apa benar ada lazatnya,
Memang benar kita lihat,
Tapi rasalah dengan hati.

Berdiri kita dengan izin,
Bercakap kita dengan rahmat,
Berjalan kita dengan rahim,
Matikanlah dengan keampunan.

Wasalamuan Alaikum
Wabillah Taufiq
Walhidayah

Au Qama Qalll........Dengan tangan tangan kami ,kami binakan ugama kami.

Monday, February 8, 2010

Adat Melayu Purba @ Kuno


Duduk bertimpuh diatas dangau,
Meraut lidi dari daun kelapa,
Sambil menahan denak si burung,
Inilah resam turun menurun.

Kalis pandang dikata malas,
Seperti punggok rindukan bulan,
Khilaf dengan diri sendiri,
Acuh mengacuh purba moden.

Semua kita sama sahaja,
Kiniku sedari dari dalam,
Tiada ketuanan dalam Melayu,
Seperti gagak megah merak.

Adat bersirih jampi serapah,
Bercampur aduk dukun dan bomoh,
Sesetengahnya bohong bahagi dua,
Tapi ramai yang masih leka alpa.

Seru menyeru jadi amalan,
Ilmu menilik hantu setan,
Kemenyan di perlimau,
Upahnya pengeras sebagai syarat.

Lapuk dek panas lekang dek hujan,
Tiap madah berkisah menjadi cahaya,
Cahaya ilmu penyuluh setia,
Beriman dengan hati dan pandangan.

Masyarakat berkata kemajuan,
Namun amalan jadi kuno,
Ini zaman mutakhir kita,
Redho dan pohon kepada Dia.

Aku yang menukil,
Apa yang kutulis,
Semua dengan gerakNya,
Ini doaku padaNya.

Hei Besi Besah,
Aku tahu Asal kau,
Kau tak boleh menbinasakan aku,
Berkat wali Sepuluh Menjaga aku dengan pertolongan Allah AzzaWajalla

Monday, February 1, 2010

Sumpah Darah Putih


Pahlawan melayu ulung,
Pendekar silat gayong,
Pendita ilmu yang agung,
Ilmu yang penuh satu gedung.

Tak terbang merpati puteh,
Tak mengaum harimau jantan,
Tak putus burung bersuil,
Tak lapuk ayam berkokok.

Kita semua serupa jasad,
Berbeda roh,
Berlainan nafsu,
Serupa asal usul.

Mari mengkaji ilmu tuhan,
Luas terbentang langit dan bumi,
Tiada tiang atau dinding,
Tiada bumbung cuma cakerawala.

Air adalah satu rahmat,
Sungai adalah satu rahim,
Laut adalah satu azim,
Ini semua panjang minda.

Kayanya qorun kerna harta,
Matinya korun jua kerna harta,
Lupa tuhan jua kerna harta,
Ingat segenap alam bukan milik kita.

Kita pinjam hanya sementara,
Nafas kita jua pinjaman,
Berhenti ujub dengan duniawi
Tenung tenunglah pasal ukhrowi....

Saturday, January 30, 2010

Sembah Salam




Salam sultan salam agung,
Raja darat Raja Laut,
Bagai raksa dalam badan,
Bagai besi bersemi tulang.

Acah bertempur adat melayu,
Menang sorak kampung tergadai,
Biar mati anak jangan mati adat,
Ini semua amalan kurafat.

Main berhujah baik bersembang,
Gunalah otak kurnian Ilahi,
Jangan angkuh jangan sombong,
Kelak binasa diri sendiri.

Kenapa angin bertiup kencang,
Sedangkan bahtera tidak belayar,
Kenapa kita anduh menganduh,
Jangan lah lupa ilmu yang ada.

Memanng benar pesanan guru,
Ular menyusur akar,
Bisa tak rebah ke bumi,
Pandangilah dengan mata hati.

Ilmu tinggi disanjung,
Bodoh sombong dikeji,
Panas baran dicaci,
Ikut junjungan nabi Allah.

Buta mata bukan kepalang,
Buta hati tak guna sekupang,
Jangan ujub dengan orang,
Kelak kita di sanggah............

Suntingan penulis dari kitab 1- wali Allah
2-Alam Malaikat
3-Mengenal Diri
Termasuk Ilham penulis sendiri

Thursday, January 28, 2010

Jurus Hidup




Wahai sahabat,
Wahai saudara,
Wahai rakan,
Serta Taulan.

Berani bersua kerna benar,
Ilmu didada disimpan rapi,
Bagai lembu dengan pedati,
Berdiri tidak bertali,

Tidurlah dalam jaga,
Baringlah dengan akhlak,
Ciumlah bau limau kasturi,
Mandilah pada malam khamis.

Kifarah cukup hebat,
Tak tertanggung jasad,
Itulah dia tarekat,
Berhati hati terima ijazah.

Anak muda darah baru,
Kurang sabar jadi penentu,
Ambil turutan tang benar,
Pelihara dari yang palsu.

Anak Anak ku sekalian,
Bersabar lah kamu semua,
Itulah anak kunci hidup,
Berpedoman lah dengan terdahulu.

Mari kita siasat,
Siapa kita sebenarnya,
ingat jangan sesat,
Akhirkan dengan taubat.........

Suntingan dari Sheikh Uthman Lenggong dan Bagindo Mukctar Palembang

Wednesday, January 27, 2010

Bongkar 403 , Hadir Tentera 404












Rasuah Ibarat Nyamuk,
Ibarat Nyamuk Denggi ,
Darah Dihisap , Virus Dibawa,
Dengan Rakus Sambil Asyik,
Dari Hati yang Cukup Kejam,

Walau Entah Bagaimana,
Pada Zaman Evolusi Dunia,
Alam Sejagat Dah Sepakat,
Bertunjang Keadilan Umum,
Bakal Merubah Segalanya..

Pemuda Tiang Negara ,
Pemudi Harapan Bangsa,
Yang Tua Mendidik,
Yang Lama Berkongsi ,
Yang Salah Dahulu ,
Diperbaiki Sekarang..

Yakinlah ,
Dan Percayalah,
Dan Maka ;
Apabila Datang Kebenaran ,
Maka Terhapuslah Kebatilan.

Amalan Khurafat Bomoh,
Yang Meniggikan Ilmu Manusia ,
Kita Pohon AzimNya Khudrat,
Yang Maha Esa. Dan
Lebih Maha Bijaksana Nya..

Adil : Meletakan Sesuatu Pada Tempatnya

Ameen ...

Lang --AF--Puteh--IF


Saturday, January 23, 2010

Hiasan

Walaupun emas bertatah intan, Buluh perindu dikenang jua, Walaupun kemarau tak panjang, Hujan panas juga ditunggu. Tak perlu berkias, Tak payah bermadah, Menyelami api nurani, Gamat gempita alah roh. Terkejut melangkah, Membawa padah, Baik kenal dalam dalam, Baik asuh dari kecil. Jangankan tasek cini, Lautan hindi menjadi ukuran, Nyah la sifat takabur, Pergilah sifat mazmumah. Carilah pelita pedoman, Carilah nur Ilahi, Bertaubat sebelum ajal, Untung rugi akan dihisab. Marilah bersama sama, Memayungi alam buana, Dengan sekelumit minda, Raja iaitu hati manusia. Carilah ilmu manfaat, Buanglah amalan khurafat, Bangkitlah dengan semangat, Berkat malaikat empat puluh empat. Aku yang menulis, Aku yang mengarang, Kami yang bersaksi, Kami yang mencatat. Dengan zat mu aku hidup, bantulah aku, Redhoilah hamba mu, Allah AKbar walillah Hilham.

Friday, January 22, 2010

Alam Malaikat


Iman kita 3 peringkat,
Manusia naik turun,
Nabi naik tak turun,
Malaikat tak naik turun.

Ramai yang berkokok,
Tapi isinya hampas,
Ramai yang bertepuk,
Tapi akhirnya lemas.

Banyak yang mencuri,
Banyak juga yang warak,
Terkadang berlakon,
Semunya sia sia sahaja.

Dimana kita berpijak,
Berpaksikan syahadah,
Bertunjangkan hati bersih,
Tapak 2 kalimah syahadah.

Ada yang masih terkapa kapa,
Ada yang masih leka alpa,
Berbual kosong dan memfitnah,
Mereka ini rugi serugi nya.

Mari kita mengenal diri,
Mari belajar mengaji,
Mari meinsafi diri,
Pulang ke titik syariat.

Tinggallah mengejar dunia,
Yang saheh hanya sementara,
Mari mula menyiasat,
Ke lembah tarekat.

Iaitu highway makrifat,
Kita belajar taat setia,
Kita kenal hukum tuhan,
Kita kembali menunduk akur.

Biar orang lain bernyanyi,
Kita peganglah pada tali,
Tali pedati kenderaan kita,
Insyallah kita kenal siapa kita.

Ingat bermula dengan niat,
Nescaya dapa t syafaat,
Kemudian ikut syariat,
Ilmu sedikit jadi padat.....................

Monday, January 18, 2010

Polisi Hidup di Bumi


Pagi ini sungguh damai,
Sesejuk cuaca pagi,
Aku bula membuka pintu,
Bermula dengan doa qunut,
Ramai yang sudah keluar,
Namun ada yang masih mati,
Iaitu mereka yang belum dibangunkan ,
bermulalah hari ini hari Selasa.

Zarah darah yang bergerak,
Titik peluh keringat yang basah,
Berat daya fikiran dan minda,
Belajarlah segala di muka bumi,
Bersabar adalah anak kunci,
Syahadah sepanjang menjadi geran,
Hidup di bumi tuhan.

Ada yang menjadi Tukang Kebun,
Ada yang berniaga,
Ada yang menjdi Perdana Menteri,
Semua sama disisi Ilahi,
Renung renungkanlah,
Menjadi insan bukan mudah,
Kita ada tuan untuk disembah,
Hidup bukan semberonok sahabat.

Disitu ada jalan,
Disini jalan mati,
Insaflah dengan lalai,
Dengan astagfirullah............

Sunday, January 17, 2010

Daya Rohani Sebalik Hakiki



Apa yang ku mengaji,
Sesuatu yang ku mengkaji,
Kaji alam bumi semesta,
Antara desakan dan taruhan,
Dengan akal pundakku,
Menahan nafsu naluri,
Istimewa Roh dan Jasad
Dua alam yang berbeda,
Datangnya kebenaran,
Tersirna Kebatilan,
Berkelip mata dengan izinNya,
Bayang apa kuasa yang ada,
Ialah anugerah pemberian kholiq,
Kepada makhluk yang alpa,
Adakah cukup dibalas dengan noda noda dosa,
Renungkanlah,
Hari ini patut lebih baik dari semalam,
Dengan izian jua aku mengarang,
Dengan izin juga aku menyusun,
Kutamatkan dengan,
Wallah Hualam..................