Tuesday, October 16, 2012

Hajat Ku Bukan Hanya Nyanyian

Sudah Tiba Suatu Detik
Yang Dahulunya Kabur
Kini Terang Bersuluh Cahaya
Dipasakkan Satu Niat Di Kamar Hati
Untuk Hidup Yang Lebih Semporna
Disusul Di Pohon Restu Ibunda
Di Azimkan lagi Doa Ayahanda..............

Dari Segenap Raga Jiwa Hatiku
Segala Harapan Maseh Tinggal Harapan
Dilema yang Dulu Tidak Acuh
Kerna Asyik Berkaseh tanpa Rela Restu
SungGuh Benar Takdir Penentu Segala
....Ilham Yang di Nobatkan Nur DariMu..
Hanya Mampu diSuSuli Doa yang Berterusan.....

Jarak Waktu Yang Tidak Mengenal
Menjadi Hijap Untuk Hajatku
TergantungLah Hajat Ku Ini Dalam Susunan Doa
Ketabahan Ku akan Menjadi Kabus
Yang Hilang Bila Hadir Mentari Pagi
Lemah Longlai Semangat ku
Bila Niat ku  Di Sambut Gebu
Oleh Sekuntum Mawar Merah..
Lalu aku Pun Menunduk Malu
Lalu Tersipu lantas Terharu
Menanti Masa Dan Waktu...

11.50am
JItra Mall
----------Lang Puteh ----------

Tuesday, October 9, 2012

Puteri Hang Lee Poh

Darah yang sama mengalir ,
Alam yang serupa hidup , 
Oxygen yang sama dihirup
Bumi yang sama di pijak
Langit itu jua dijunjung.......

Ibarat aus and dan ansar bersatu ,
Berhijrah ke Kota Madani
Utusan pun sudah nyata ,
Belajar lah hingga ke Cina.
Beerti satu sudut pandang yang nyata jauh,

Memerhati segi cara hidup ,
Menyelinkuh adat seni budaya,
Sifat kelembutan
Dan Kepekaan sesama bangsa.....

Aku matang menilai budi hati
Bukan sengaja bercakap kosong,
Melihat dari segi ruang orbit yang cukup luas..
Tidak berjuah hujah hanya untuk kepentingan...
Sanubari yang lama kosong ..
Akan ku isi dengan hadir mu 
Seorang puteri yang dulunya
Digelar Hang Li Poh

  ----Lang Puteh----

Tuesday, October 2, 2012

Menunggu Takdir Bertemu

Dalam rasa tak sedar
Bila rindu untuk bertemu
Yang belum dipertemukan
Dalam nafas yang sedu
Aku merayu doa padamu
Yang maha Segala
Ku Ukir duka lama
Jadi permata penawar....

Sungguh dekat tapi tak nampak
Sungguh benar tapi tak sungguh...
Beratur tak mesti lama
Bertutur tak pasti sempurna...
Dalam kesamaran yang bersirna warna
Hadirmu bak penyuluh segala
Menjadi sinar umpama permata

Ibarat bulan jatuh ke riba
Sungguh tak ku sangka
Sudah lama ku menanti
Akhirnya waktu bertemu
Di celah celah Sendu
Lalu tunduk terharu
Tanda Syukur padaMu

-Lang Puteh-

Tuesday, August 7, 2012

Di Senja Sebuah Ramadhan

Di Senja Sebuah Ramadhan :-

Bermula kisah dengan kesedaran
Pada awal kesamaran kesangsian
Perlahan lahan mengajarku
Apa dia serakah hawa dengan niat
Yang tersimpul lalu tersirna 
Tanpa Kefahaman hakikat dihidupkan ,

Salah Menyalah Silih Bertukar
Pudar Hilang Cahaya Iman 
Bergelumang bayang bayang
Membayangi Menyelubungi
Empunya diri nyata tidak nyata
Tidak gentar rakan syaitan
Bersamping lazat asyik
Kekuatan yang didatangkan
Tidak didirikan dengan tiang
Syariat di endah endah
Hakikat di mudah mudah ,

Nafsu menjunam tiba tiba
Dulu apinya merak menyala
Terluka iman hati terpadam
Berpeluh peluh mengeluh
Gementar ketakutan menyelubungi
Tercipta suatu kaseh diri
Rintihan rindu lara hati
Tersirat sedetik Rasa ,

Tidak perlu lagi esok
Kosong pundak dari kalendar rancangan
Tunduk terus sesal bahsa seribu
Adakah maseh lagi bertuhan aku ?
Hidayah terus dipohon 
Bersiramkan doa doa terkumpul
Dizahirkan dengan seribu bayangan
Mimpi yang tak kesudahan ,

Bermusafir kelana
Bersuluh cahaya
Pada ketika ditauliahkan
Bermahkota RedhoMU yang dipohon
Gugur Roh Pendita iNi
Dengan Kalimah ...

tempat :Lot 21
Masa : 10.04
Tarikh :17 Ramadan


Saturday, April 28, 2012

Mengundur Suluh Jodohku..dimana ?

 

 Titik Pertemuan
memang berat dihati,
jauh sangat dimata,
apatah lagi dipundak,
ya pun benar,

aku yang terisi kosong,
berlegar kepala isi ku,
berat bahu menanggungmu,
hai kau yang ku asuh,

pahujung jadi elok,
nyata jelas jadi kabur,
aku yang teria ia,
kau yang suam suam pula,

ntah kenapa nasib malang,
bukan begitu satu dugaan,
aku lantas bingkas bangun,
bersenyap tanpa kata kata,

hanya yang tahu akan dia kepadaku,
keinginan aku dulu dia berserta beriya,
kini aku tersengih sendiri,
dia tak apa apa masih muda.
biarlah ia dengan cara ianya itu..
aku berniat dengan niat ku,
namun kuserah padaNya sebulat bulatnya..
bertemu pada jodohku...

Thursday, March 22, 2012

LumRah Alam Syahbana


 Khazanah Dari China 

Add caption








Lumrah  manusia,terluhur dengan budi sikap sempurna insan insani,menjadi satu cebis atau cabang yang lahir dari satu badan jasad yang sama.Ini adalah satu fenomena agong yang tersirat menjadi rahsia nur dariNya.sikap sayang menusia,benda ,semua tidak sama,tapi nafaqah wajib di sediakan tanpa mengukur tahap sayang kepada seseotang.contohnya rumah,makan pakai wajid disediakan dari ketua rumah,Namun begitu tahap sayang mesti berbeda beda kerna ianya sejak azali begitu.

Penulis terfikir ukur mata kasar hanya dapat menilai dari segi luaran sahaja,Dibawah bab kuasa atas kuasa ,atau tangan atas tangan ini dalam menhubung pengetahuan yang maha agong ilahi dengan kerdil daya dan kuasa manusia hamba hamba seperti kita,

Siapakah yang berkuasa atas diri kita ? atau dirikah yang berkuasa atas badan ?  

Yang pasti nyata adalah :-

( Badan mengandung diri dan diri terkandung badaN)


Guru penulis berkata dengan zat dan rahmat rahim Nya serta kupasan atas pemahaman penulis ,ibarat jika telah menemui diri kita seperti menemui tuan yg pencipta kita,ibarat rumah yang baik dibuat sempurna maka tuan tukang rumah itu adalah tuan pada ukiran seni halus rumah itu.

Amalan  rendah diri dan sentiasa dalam keadaan ''la hau la wala quata illa billah'' setiap denai setiap lorong setiap jalan yang dilalui adalah satu bentuk pembelajaran berpanjangan untuk mencari tuan empunya diri ( aku,saya,kami ,hamba ) Cermin diri yang bagus adalah cermin yang merendah semua kelebihan diri yang menundukkan kebolehan kurniaan nya pada kita.Sandar semua hebat itu padanya,kita hanya dipinjam sekejap sahaja.

Segala kehebatan , kelebihan , kepandaian tersimpul dalam Rahmat dan Rahim kebesaran Allah S.W.T


Lang Puteh 

Jitra, Kedah

Thursday, March 15, 2012

Ku Serah PadaMU..

Dengan melihat keadaanku begitu begini berlaku,mula merasa kalau dengan izinnya patut ku ubahkaluan hidup kepada jalannya.memang kita berasa sayu dan sedih setelah lama aku dia bersama.inilah sifat kita yang hanya perlu melihat jauh kedepan.bukan dengan menoleh kebelakang dan berkata ini semua takdir untukku.kita perlu merencanakannya dengan hati hati,kesilapan lalu menjadi cermin diri yang cukup hebat sehingga kaku pula aku merenungnya.cukuplah ini ku kata,takdir bertemu  persidah adat manusia biasa.acapkali benta yang tersayang pergi berlalu meninggal kan kita.inilah ujian yang benar benar membuat insan bergelar manusia terasa tandus dan terkadang menyalahkan takdirnya.aku mencintai mu yang mencipta sifat kecintaan yang dari maha pengaseh jua...

Thursday, February 2, 2012

DOKTOR DARI SEBERANG...

mudah bercakap tanpa rasa.
sesal kemudian tiada guna.sendiri meratapi
pelik manusia ini,endah sekeling,
ya aku ,maseh begini.namun org faham begitu.

ingin kurasa patut akur,
hanya gurau sinis bagai ,manja dalam kesamaran.
adakah ini agenda ,
tidak ini adalah aturan ilahi untukku

renungkanlah sahabat sahabat ku.
yang kini kita bertengkar sesama sendiri,
,mari duduk bersama walau sebentar,
ini kekeutan sebenar.

cukup setakat ini,
cu,ma aku rasa semua yg kita dapat tak mesti kita nak,
dan kita nak tak ,mesti kita dapat...

afif yaccob vs wan othman
10.30am.2 feb 2012

Monday, January 30, 2012

Titik Persamaan , Ruang Perbedaan.
















Bila penaku berhenti,
Terhenti kata kataku,
Lisan ku berkata lagi
Pundakku mengerti,


Mula baca mengaji,
Kalam Kalami ,
Usul asal menyusuli,
Asal azali..
Mula menyelami..,

Salah sedari,
Leka alpa mengenali,
Suci Bahsa Wali,
Sukar dikongsi.

Byak kesamaran
Pemerhatian Awamiah..
Terumpun Pemahaman
Terumpan Perbedaan..,
Berbeda sesama Kumpulan Sendiri,
Walau Serupa Yang Dianuti..,

Apa ada dengan lambang,
Apa ada Dengan Ramai,
Gah juga tidak Direstu..,
Walaupun berundur tak kalah.
Adat menang dunia ...
Atas carian nawaitu sendiri .
Sukar berkongsi kongsi..
Rasa bersama tak sepersamaan
Rasa paham tak sepermahaman
Duduk sekali tak Bersekeduukukan,
Ibarat Berdehem Batuk ..Tapi Maksud Tak Serupa.
Bak Ular Menyusur Akar..
Namun Bisa Takkan Hilang..

Destinasi alamat Sama,
Sampai tiba masa Tak sama,
Dapat berbeza,Bawa Sendiri Jalan Sama ...
Bejalan Kawat kaki sama seinci,
Lengggang tak serupa.
Tiada hebat dipandang.Disanjung.
Namun kosong amali.
Dia Rahmat Dia Rahim, Dia Razak. Dia Qadir
Tuhan Sekalian Alam,
Dalam Alam Adanya Adam,
Yakni Kita Semua.
Tiada Daya Kita Tanpa Izin Nya Jua...

Lang --AFIF-- Puteh
Jitra 5.15pm
Isnin 11/03/2013





















































Wednesday, January 25, 2012

Sunday, January 22, 2012

BilaTin Kosong Berbunyi.....

ramai menanti dikedai kopi,
berseri seri bila menanti,
mula cerita itu ini,
mula menuduh membuta tuli,

bila asyik berbicara,
bahasa sebagai senjata,
dipacu oleh sang hawa,
mensyuarat bertukar mencela kata,

mana dia hormat hormati,
mula membuka aib aibi,
mula menuding jari jemari,
hilang lah sifat munundukdiri,
timbullah sifat mula membenci,
ujudlah sifat membenci diri,
sombong bongkak berdiri sendiri,
pejamlah mata matilah hati,

semua patut diteladani,
bukan lagi maki memaki,
nukleoskan nur cahaya rezki,
jadilah seperti sifat sang padi,
makin menunduk bila berisi.

Kosa Kata Penulis :-

Pada era global musim baru lembaran tahun 2012,segala pintu punca rezki menjadi bahan  cerna rasa ,mula berbicara tentang poket yang tengah kering, kurang kerja,kurang pula isi poket,adat ,manusia bila ada lupa alpa, bila ada lupa diri.

Ditempiaskan bila menyanyi sering dilupai,bila melupai sendiri berasa sepi.Bukan perbuatan org luar ianya akibat diri yang sering melupai dam melupakan.Yang hadir bersama bila senang ,yang meninggaklan bila susah.Ini semua rahmaat dan rahiim nya agar kita selalu ingat tidak sesekali melupakan Nya..
12.40pm ahad-Anak Bukit


Tuesday, January 17, 2012

Ujian Ku Sangka Anugerah

Segunung harta,
Setimbun emas,
Makan nan mewah ,
Cerita yang indah,

Itu tampilan sementara,
memberi tamparan kelekaan,
yang mengancam alpa leka,
ditengah tengah kesihatan,
ditepi tepi kesanjungan,
dibelakang ramai jadi tunjang,
tujuan hunus mata rambang,
disebalik hak mata hati jiwa.

Kesedaran ini dinilai kembali,
apa betul dan apa salah,
itulah sebaik timbangan diri,
diam tak takot,berundur tak gentar,
ini semua hanya boneka mata,

lantas jadi diri kita,
jangan jadi orang dirinya,
cuba cuba kenal diri,
itulah cahaya nur kenal ilahi....

afifmalaya.blogspot.com time 2.07pm ( 17/1/2012 ))

Thursday, December 22, 2011

Riwayatku..

1)aku dikandung ibuku,yang mengandung,aku mengendong apa yang terkandung,kendongan terkadang dilupai,namun apa yang ku kandung sepanjang hayat.

2)aku asyik serta asyik mencari cari hakiki hidup, dalam kealpaan mencari hakikat alam,kita berhubungan dengan pencipta, makhlik, haiwan,tumbuhan,dan alam.

3) Setiap peristiwa baik , buruk, sakit demam, kaya miskin, bahagia duka adalah satu cabang ilmu tuhan yang disembah atau diterjemahkan dalam kehidupan kita sejak lahir hingga mati.Namun apa yang dapat, yang dicari belum tentu itu matlamat hujung kisah seorang hamba di alam fana sementara.

4) Sungguhpun umur ku kerdil ,pengalaman diri dlam kehidupan zahir batin melinkari batas yang maseh dapat nisbah sebagai rahmat dan rahim dariNya.

5)Sungguhpun cinta itu kekal, tp maseh ada yang belum telus n ikhlas dengan cinta cintanya hingga diizinkan,terjemahkan semua jalan yang dilalui dengan nilai pengalaman yang indah walau pahit.Hitung masa yang berbaki sedikit untuk mencari damai hati bukan damai mata,damai harta, damai lakonan, damai sementara, damai leka alpa. damai adalah suaatu yang begitu berbeza antara insan sebab hala tuju dan niat tidak sama.


6) Hubungan kekasih atau pengasih hanya dihati kecil yang begitu abstract dan perlu dilapik dengan sedikit menerima,redho, kerna x semua yang kita nak dapat, tak semua kita dapat apa yang kita nak.

Kesimpulan..ikatan yang tersimpul buleh dirongkai,namun jika hati terikat maka simpulan itu seperti patri yang susah dileraikan.apa yang bergantung ibarat kasih ombak pada pantai,air pasang ia sampai ke pantai, air surut ia di tengah.Jadi dengan sedikit coretan pengalaman penulis ini boleh di sabdikan segala aspek kehidupan manusia.Sebagai insan takdir dan waktu adalah ketentuanNya.ameen



Saturday, October 22, 2011

ANTARA MENGODA , TERGODA DAN DIGODA

PADA SUATU KETIKA , CENDERWASIH TERBANG UNTUK BERKAWAN,ARAH TUJU YANG SAMA, NAMUN TUJUAN YANG BERBEZA.TANPA MENGHITUNG SEGAN SILU LALU BINGKAS MENGGUNAKAN SALAH LAKU.

PADAKU INI SEMUA PETUNJUK MAHA AGUNG TUHAN YANG MENGETAHUI SEGALA DAN MENTU SEGALA.HEBAT NYA PUTERI BALQIS YANG SANGGUP MENGHABISKAN HARTA DAN JIWA UNTUK MEMPERABDI DIRI PADA NABI YUSOF.LANTAS CINTA KASEH PADA HAMBA BERTUKAR MENJADI CINTA HAKIKI PADA ILAHI

PENULIS HANYA MENGARANG MENGIKUT RASA DAN GERAK HATI BUKAN UNTUK DITUJUKAN PADA SESIAPA , HANYA DEMI UNTUK MENJADI SENJATA TARBIAH WALAU DIRI INI LAGI KERDIL DENGAN ILMU .

WE SHARE : 1. MINDA KELAS KETIGA ( CAKAP TENTANG ORG LAIN )
2. MINDA KELAS KEDUA ( CAKAP TENTANG ACARA; SUKAN , HIBURAN )
3. MINDA KELAS PERTAMA ( BERCAKAP TENTANG IDEA & PENDAPAT )

Wednesday, April 28, 2010

Rugi Rugi dan Rugi Kalau Begini

Cerita Kedai Kopi/ Cafe Selepas solat subuh, Di hening pagi nan segar, Bermula lah seseorang peniaga, Sebuah warung kopi. Mula berlagang menyusun gerainya, Antara jam 7 pagi, Orang ramai bertuntun datang, Kopi O , teh tarik menjadi menu. Pekerja kebun dan ladang, Turut singgah untuk menghirup, Sealas kueh mueh yang di saji, Mengalas perut sebelum berkerja. Banyak aktiviti ceritera semalam, Menghiasi meja tamu kopi, Bertambah riuh pekak, Dan sorak sorai Sang Murai. Pelawat bersimpang siur, Menukar arus keluarmasuk kedai, Ada yang tinggi bermisai, Ada yang rendah berjanggut. Ada watak bertudung, Berlakon berhari hari, Terlihat jua yang patuh, Tegap sasa terlihat di mata. Aku duduk menyendiri, Menyelam dari gamat suasana, Ku turut genggam tomahan, Yang gelumang dengan pakej Kedai Kopi..

Nukilan : Insan Kedah

Amal dan Azam 2010

Berazam beerti berniat,
Niat baik satu ganjaran,
Niat kita adalah satu,
Mengaharap redho Ilahi.

Mengadap sopan lidah Melayu,
Tajam siulan si burung hantu,
Gegak gempita kilat dilangit,
Minum seteguk madu beracun.

Bersumpah setia dengan daulah,
Daulah berdaulah Si Raja Kedah,
Separa iman kesetiaan Negeri,
Sanggup berkorban demi Sultan.

Alam pula berpecah dua,
Alam ghaib dan alam nyata,
Carilah kunci si wali,
Agar tak sesat kemudian nanti.

Belajar ilmu tinggi menggunung,
Tunduk kebumi melaknat juah,
Rendah diri budi pekerti,
Seperti padi tunduk kebumi.

Burung puteh terbang petang,
Diselang seli sahutan ayam,
Inilah dia taman idaman,
Cendraloka taman firdausi.

Jangan menabur fitnah duniawi,
Bersabar beerti menang hakiki,
Jangan lokek ilmu di dada,
Supaya aman dan sentosa.

Cinta negeri sebahagian Iman,
Kedah Sejahtera
Berjaya Kubang Pasu
Indah Bandar Jitra..........Wasalamun Alaik

Thursday, February 11, 2010

Tiang Solat


Apa makna tiang solat,
Apa bentuk tiang solat,
Siapa yang bina dia,
Siapa yang jaga dia.

Aku ditanya orang,
Apa tiang agama,
Dijawab tiang agama solat,
Bila ditanya apa tiang solat.

Tertiblah jawapannya,
Bermula dengan niat,
Berakhir dengan salam,
Namun mula dibahas.

Mungkin ramai yang tahu,
Mungkin ada yang belum kenal solat,
Mungkin ada yang mencuri dalamnya,
Aku juga ampuh dengah solat.

Jika ilmu duniawi penuh didada,
Jangan pula alpa dengan santapan rohani,
Sudah menjadi kebiasaan meninggalkannya,
Ini yang ditakuti dan digeruni.

Mari kia saling mengkaji,
Apa benar ada lazatnya,
Memang benar kita lihat,
Tapi rasalah dengan hati.

Berdiri kita dengan izin,
Bercakap kita dengan rahmat,
Berjalan kita dengan rahim,
Matikanlah dengan keampunan.

Wasalamuan Alaikum
Wabillah Taufiq
Walhidayah

Au Qama Qalll........Dengan tangan tangan kami ,kami binakan ugama kami.

Monday, February 8, 2010

Adat Melayu Purba @ Kuno


Duduk bertimpuh diatas dangau,
Meraut lidi dari daun kelapa,
Sambil menahan denak si burung,
Inilah resam turun menurun.

Kalis pandang dikata malas,
Seperti punggok rindukan bulan,
Khilaf dengan diri sendiri,
Acuh mengacuh purba moden.

Semua kita sama sahaja,
Kiniku sedari dari dalam,
Tiada ketuanan dalam Melayu,
Seperti gagak megah merak.

Adat bersirih jampi serapah,
Bercampur aduk dukun dan bomoh,
Sesetengahnya bohong bahagi dua,
Tapi ramai yang masih leka alpa.

Seru menyeru jadi amalan,
Ilmu menilik hantu setan,
Kemenyan di perlimau,
Upahnya pengeras sebagai syarat.

Lapuk dek panas lekang dek hujan,
Tiap madah berkisah menjadi cahaya,
Cahaya ilmu penyuluh setia,
Beriman dengan hati dan pandangan.

Masyarakat berkata kemajuan,
Namun amalan jadi kuno,
Ini zaman mutakhir kita,
Redho dan pohon kepada Dia.

Aku yang menukil,
Apa yang kutulis,
Semua dengan gerakNya,
Ini doaku padaNya.

Hei Besi Besah,
Aku tahu Asal kau,
Kau tak boleh menbinasakan aku,
Berkat wali Sepuluh Menjaga aku dengan pertolongan Allah AzzaWajalla

Monday, February 1, 2010

Sumpah Darah Putih


Pahlawan melayu ulung,
Pendekar silat gayong,
Pendita ilmu yang agung,
Ilmu yang penuh satu gedung.

Tak terbang merpati puteh,
Tak mengaum harimau jantan,
Tak putus burung bersuil,
Tak lapuk ayam berkokok.

Kita semua serupa jasad,
Berbeda roh,
Berlainan nafsu,
Serupa asal usul.

Mari mengkaji ilmu tuhan,
Luas terbentang langit dan bumi,
Tiada tiang atau dinding,
Tiada bumbung cuma cakerawala.

Air adalah satu rahmat,
Sungai adalah satu rahim,
Laut adalah satu azim,
Ini semua panjang minda.

Kayanya qorun kerna harta,
Matinya korun jua kerna harta,
Lupa tuhan jua kerna harta,
Ingat segenap alam bukan milik kita.

Kita pinjam hanya sementara,
Nafas kita jua pinjaman,
Berhenti ujub dengan duniawi
Tenung tenunglah pasal ukhrowi....