Friday, December 4, 2009

Pelajar Madani



Ilmu itu anugerah,
Dia datang dengan mencari,
Tidak mengira rendah dan tinggi,
Mencari ,mengaji ,dan mentelaah.

Ia nya wajib dituntut,
Dari buaian hingga liang lahad,
Terus menerus mengikut zaman,
Anak, ibu ayah dan semua.

Pelbagai cabang dan jurusan,
Pentadbiran, sastera, scince dan undang-undang,
Seluruh cabang jadi perhatian,
Untuk kegunaan sepanjang zaman.

Aku memang miskin harta,
Aku luah dengan bahasa,
Bahasaku bahasa Melayu,
Perantara Ku dengan Guru.

Guru yang memberi jalan,
Jalan pedoman jalan syariat,
Jalan benar Jalan Hakikat,
Ilmu, ilmu dan Ilmu.

Akulah murid
Akulah Penuntut,
Dengan Cara - cara ku,
Dengan jalan hidupku.....

No comments: