Showing posts with label SIRR ITU RAHSIA. Show all posts
Showing posts with label SIRR ITU RAHSIA. Show all posts

Friday, December 4, 2009

Pelajar Madani



Ilmu itu anugerah,
Dia datang dengan mencari,
Tidak mengira rendah dan tinggi,
Mencari ,mengaji ,dan mentelaah.

Ia nya wajib dituntut,
Dari buaian hingga liang lahad,
Terus menerus mengikut zaman,
Anak, ibu ayah dan semua.

Pelbagai cabang dan jurusan,
Pentadbiran, sastera, scince dan undang-undang,
Seluruh cabang jadi perhatian,
Untuk kegunaan sepanjang zaman.

Aku memang miskin harta,
Aku luah dengan bahasa,
Bahasaku bahasa Melayu,
Perantara Ku dengan Guru.

Guru yang memberi jalan,
Jalan pedoman jalan syariat,
Jalan benar Jalan Hakikat,
Ilmu, ilmu dan Ilmu.

Akulah murid
Akulah Penuntut,
Dengan Cara - cara ku,
Dengan jalan hidupku.....

Monday, November 30, 2009

Khayalan & Amalan


Manusia seperti juga hidupan yang lain,
Manusia mempunyai akal dan nafsu,
manusia adalah makluq kepada kholiq,
manusia terkadang melampaui batas.

dari pandangan mata turun ke hati,
hati menghukum hukuman nafsi,
Nafsi atas desakan iblis,
Iblis adalah Musuh Allah.

Pedoman mungkin tekadang sampai,
kashaf mungkin terkadang anugerah,
tertipu sendiri dengan desakan hawa yang meruntun.
Khayal dengan amalan, solat, puasa hanya Riak yang timbul.

Al Quran Kalamullah
Hadith Sanat Nubuwwah
Khilafiah Alim Ulamak
Husnu Dzhon baik Sangka
Suuk Dzhon Sangka buruk.

Wallah HU Aqlam
Hanya Allah Yang Tahu RahsiaNya
Merendah diri seribu baik Dari Tinggi Diri
Bercakap Yang Tahu lebih baik Dari Manabur Fitnah

Iman Terbahagi kepada 60 cabang
Salah Satu Cabang adalah Malu
Malu sebahagian daripada iman
Carilah Di mana Iman....