Saturday, October 22, 2011

ANTARA MENGODA , TERGODA DAN DIGODA

PADA SUATU KETIKA , CENDERWASIH TERBANG UNTUK BERKAWAN,ARAH TUJU YANG SAMA, NAMUN TUJUAN YANG BERBEZA.TANPA MENGHITUNG SEGAN SILU LALU BINGKAS MENGGUNAKAN SALAH LAKU.

PADAKU INI SEMUA PETUNJUK MAHA AGUNG TUHAN YANG MENGETAHUI SEGALA DAN MENTU SEGALA.HEBAT NYA PUTERI BALQIS YANG SANGGUP MENGHABISKAN HARTA DAN JIWA UNTUK MEMPERABDI DIRI PADA NABI YUSOF.LANTAS CINTA KASEH PADA HAMBA BERTUKAR MENJADI CINTA HAKIKI PADA ILAHI

PENULIS HANYA MENGARANG MENGIKUT RASA DAN GERAK HATI BUKAN UNTUK DITUJUKAN PADA SESIAPA , HANYA DEMI UNTUK MENJADI SENJATA TARBIAH WALAU DIRI INI LAGI KERDIL DENGAN ILMU .

WE SHARE : 1. MINDA KELAS KETIGA ( CAKAP TENTANG ORG LAIN )
2. MINDA KELAS KEDUA ( CAKAP TENTANG ACARA; SUKAN , HIBURAN )
3. MINDA KELAS PERTAMA ( BERCAKAP TENTANG IDEA & PENDAPAT )

Wednesday, April 28, 2010

Rugi Rugi dan Rugi Kalau Begini

Cerita Kedai Kopi/ Cafe Selepas solat subuh, Di hening pagi nan segar, Bermula lah seseorang peniaga, Sebuah warung kopi. Mula berlagang menyusun gerainya, Antara jam 7 pagi, Orang ramai bertuntun datang, Kopi O , teh tarik menjadi menu. Pekerja kebun dan ladang, Turut singgah untuk menghirup, Sealas kueh mueh yang di saji, Mengalas perut sebelum berkerja. Banyak aktiviti ceritera semalam, Menghiasi meja tamu kopi, Bertambah riuh pekak, Dan sorak sorai Sang Murai. Pelawat bersimpang siur, Menukar arus keluarmasuk kedai, Ada yang tinggi bermisai, Ada yang rendah berjanggut. Ada watak bertudung, Berlakon berhari hari, Terlihat jua yang patuh, Tegap sasa terlihat di mata. Aku duduk menyendiri, Menyelam dari gamat suasana, Ku turut genggam tomahan, Yang gelumang dengan pakej Kedai Kopi..

Nukilan : Insan Kedah

Amal dan Azam 2010

Berazam beerti berniat,
Niat baik satu ganjaran,
Niat kita adalah satu,
Mengaharap redho Ilahi.

Mengadap sopan lidah Melayu,
Tajam siulan si burung hantu,
Gegak gempita kilat dilangit,
Minum seteguk madu beracun.

Bersumpah setia dengan daulah,
Daulah berdaulah Si Raja Kedah,
Separa iman kesetiaan Negeri,
Sanggup berkorban demi Sultan.

Alam pula berpecah dua,
Alam ghaib dan alam nyata,
Carilah kunci si wali,
Agar tak sesat kemudian nanti.

Belajar ilmu tinggi menggunung,
Tunduk kebumi melaknat juah,
Rendah diri budi pekerti,
Seperti padi tunduk kebumi.

Burung puteh terbang petang,
Diselang seli sahutan ayam,
Inilah dia taman idaman,
Cendraloka taman firdausi.

Jangan menabur fitnah duniawi,
Bersabar beerti menang hakiki,
Jangan lokek ilmu di dada,
Supaya aman dan sentosa.

Cinta negeri sebahagian Iman,
Kedah Sejahtera
Berjaya Kubang Pasu
Indah Bandar Jitra..........Wasalamun Alaik

Thursday, February 11, 2010

Tiang Solat


Apa makna tiang solat,
Apa bentuk tiang solat,
Siapa yang bina dia,
Siapa yang jaga dia.

Aku ditanya orang,
Apa tiang agama,
Dijawab tiang agama solat,
Bila ditanya apa tiang solat.

Tertiblah jawapannya,
Bermula dengan niat,
Berakhir dengan salam,
Namun mula dibahas.

Mungkin ramai yang tahu,
Mungkin ada yang belum kenal solat,
Mungkin ada yang mencuri dalamnya,
Aku juga ampuh dengah solat.

Jika ilmu duniawi penuh didada,
Jangan pula alpa dengan santapan rohani,
Sudah menjadi kebiasaan meninggalkannya,
Ini yang ditakuti dan digeruni.

Mari kia saling mengkaji,
Apa benar ada lazatnya,
Memang benar kita lihat,
Tapi rasalah dengan hati.

Berdiri kita dengan izin,
Bercakap kita dengan rahmat,
Berjalan kita dengan rahim,
Matikanlah dengan keampunan.

Wasalamuan Alaikum
Wabillah Taufiq
Walhidayah

Au Qama Qalll........Dengan tangan tangan kami ,kami binakan ugama kami.

Monday, February 8, 2010

Adat Melayu Purba @ Kuno


Duduk bertimpuh diatas dangau,
Meraut lidi dari daun kelapa,
Sambil menahan denak si burung,
Inilah resam turun menurun.

Kalis pandang dikata malas,
Seperti punggok rindukan bulan,
Khilaf dengan diri sendiri,
Acuh mengacuh purba moden.

Semua kita sama sahaja,
Kiniku sedari dari dalam,
Tiada ketuanan dalam Melayu,
Seperti gagak megah merak.

Adat bersirih jampi serapah,
Bercampur aduk dukun dan bomoh,
Sesetengahnya bohong bahagi dua,
Tapi ramai yang masih leka alpa.

Seru menyeru jadi amalan,
Ilmu menilik hantu setan,
Kemenyan di perlimau,
Upahnya pengeras sebagai syarat.

Lapuk dek panas lekang dek hujan,
Tiap madah berkisah menjadi cahaya,
Cahaya ilmu penyuluh setia,
Beriman dengan hati dan pandangan.

Masyarakat berkata kemajuan,
Namun amalan jadi kuno,
Ini zaman mutakhir kita,
Redho dan pohon kepada Dia.

Aku yang menukil,
Apa yang kutulis,
Semua dengan gerakNya,
Ini doaku padaNya.

Hei Besi Besah,
Aku tahu Asal kau,
Kau tak boleh menbinasakan aku,
Berkat wali Sepuluh Menjaga aku dengan pertolongan Allah AzzaWajalla

Monday, February 1, 2010

Sumpah Darah Putih


Pahlawan melayu ulung,
Pendekar silat gayong,
Pendita ilmu yang agung,
Ilmu yang penuh satu gedung.

Tak terbang merpati puteh,
Tak mengaum harimau jantan,
Tak putus burung bersuil,
Tak lapuk ayam berkokok.

Kita semua serupa jasad,
Berbeda roh,
Berlainan nafsu,
Serupa asal usul.

Mari mengkaji ilmu tuhan,
Luas terbentang langit dan bumi,
Tiada tiang atau dinding,
Tiada bumbung cuma cakerawala.

Air adalah satu rahmat,
Sungai adalah satu rahim,
Laut adalah satu azim,
Ini semua panjang minda.

Kayanya qorun kerna harta,
Matinya korun jua kerna harta,
Lupa tuhan jua kerna harta,
Ingat segenap alam bukan milik kita.

Kita pinjam hanya sementara,
Nafas kita jua pinjaman,
Berhenti ujub dengan duniawi
Tenung tenunglah pasal ukhrowi....

Saturday, January 30, 2010

Sembah Salam




Salam sultan salam agung,
Raja darat Raja Laut,
Bagai raksa dalam badan,
Bagai besi bersemi tulang.

Acah bertempur adat melayu,
Menang sorak kampung tergadai,
Biar mati anak jangan mati adat,
Ini semua amalan kurafat.

Main berhujah baik bersembang,
Gunalah otak kurnian Ilahi,
Jangan angkuh jangan sombong,
Kelak binasa diri sendiri.

Kenapa angin bertiup kencang,
Sedangkan bahtera tidak belayar,
Kenapa kita anduh menganduh,
Jangan lah lupa ilmu yang ada.

Memanng benar pesanan guru,
Ular menyusur akar,
Bisa tak rebah ke bumi,
Pandangilah dengan mata hati.

Ilmu tinggi disanjung,
Bodoh sombong dikeji,
Panas baran dicaci,
Ikut junjungan nabi Allah.

Buta mata bukan kepalang,
Buta hati tak guna sekupang,
Jangan ujub dengan orang,
Kelak kita di sanggah............

Suntingan penulis dari kitab 1- wali Allah
2-Alam Malaikat
3-Mengenal Diri
Termasuk Ilham penulis sendiri

Thursday, January 28, 2010

Jurus Hidup




Wahai sahabat,
Wahai saudara,
Wahai rakan,
Serta Taulan.

Berani bersua kerna benar,
Ilmu didada disimpan rapi,
Bagai lembu dengan pedati,
Berdiri tidak bertali,

Tidurlah dalam jaga,
Baringlah dengan akhlak,
Ciumlah bau limau kasturi,
Mandilah pada malam khamis.

Kifarah cukup hebat,
Tak tertanggung jasad,
Itulah dia tarekat,
Berhati hati terima ijazah.

Anak muda darah baru,
Kurang sabar jadi penentu,
Ambil turutan tang benar,
Pelihara dari yang palsu.

Anak Anak ku sekalian,
Bersabar lah kamu semua,
Itulah anak kunci hidup,
Berpedoman lah dengan terdahulu.

Mari kita siasat,
Siapa kita sebenarnya,
ingat jangan sesat,
Akhirkan dengan taubat.........

Suntingan dari Sheikh Uthman Lenggong dan Bagindo Mukctar Palembang

Wednesday, January 27, 2010

Bongkar 403 , Hadir Tentera 404












Rasuah Ibarat Nyamuk,
Ibarat Nyamuk Denggi ,
Darah Dihisap , Virus Dibawa,
Dengan Rakus Sambil Asyik,
Dari Hati yang Cukup Kejam,

Walau Entah Bagaimana,
Pada Zaman Evolusi Dunia,
Alam Sejagat Dah Sepakat,
Bertunjang Keadilan Umum,
Bakal Merubah Segalanya..

Pemuda Tiang Negara ,
Pemudi Harapan Bangsa,
Yang Tua Mendidik,
Yang Lama Berkongsi ,
Yang Salah Dahulu ,
Diperbaiki Sekarang..

Yakinlah ,
Dan Percayalah,
Dan Maka ;
Apabila Datang Kebenaran ,
Maka Terhapuslah Kebatilan.

Amalan Khurafat Bomoh,
Yang Meniggikan Ilmu Manusia ,
Kita Pohon AzimNya Khudrat,
Yang Maha Esa. Dan
Lebih Maha Bijaksana Nya..

Adil : Meletakan Sesuatu Pada Tempatnya

Ameen ...

Lang --AF--Puteh--IF


Saturday, January 23, 2010

Hiasan

Walaupun emas bertatah intan, Buluh perindu dikenang jua, Walaupun kemarau tak panjang, Hujan panas juga ditunggu. Tak perlu berkias, Tak payah bermadah, Menyelami api nurani, Gamat gempita alah roh. Terkejut melangkah, Membawa padah, Baik kenal dalam dalam, Baik asuh dari kecil. Jangankan tasek cini, Lautan hindi menjadi ukuran, Nyah la sifat takabur, Pergilah sifat mazmumah. Carilah pelita pedoman, Carilah nur Ilahi, Bertaubat sebelum ajal, Untung rugi akan dihisab. Marilah bersama sama, Memayungi alam buana, Dengan sekelumit minda, Raja iaitu hati manusia. Carilah ilmu manfaat, Buanglah amalan khurafat, Bangkitlah dengan semangat, Berkat malaikat empat puluh empat. Aku yang menulis, Aku yang mengarang, Kami yang bersaksi, Kami yang mencatat. Dengan zat mu aku hidup, bantulah aku, Redhoilah hamba mu, Allah AKbar walillah Hilham.

Friday, January 22, 2010

Alam Malaikat


Iman kita 3 peringkat,
Manusia naik turun,
Nabi naik tak turun,
Malaikat tak naik turun.

Ramai yang berkokok,
Tapi isinya hampas,
Ramai yang bertepuk,
Tapi akhirnya lemas.

Banyak yang mencuri,
Banyak juga yang warak,
Terkadang berlakon,
Semunya sia sia sahaja.

Dimana kita berpijak,
Berpaksikan syahadah,
Bertunjangkan hati bersih,
Tapak 2 kalimah syahadah.

Ada yang masih terkapa kapa,
Ada yang masih leka alpa,
Berbual kosong dan memfitnah,
Mereka ini rugi serugi nya.

Mari kita mengenal diri,
Mari belajar mengaji,
Mari meinsafi diri,
Pulang ke titik syariat.

Tinggallah mengejar dunia,
Yang saheh hanya sementara,
Mari mula menyiasat,
Ke lembah tarekat.

Iaitu highway makrifat,
Kita belajar taat setia,
Kita kenal hukum tuhan,
Kita kembali menunduk akur.

Biar orang lain bernyanyi,
Kita peganglah pada tali,
Tali pedati kenderaan kita,
Insyallah kita kenal siapa kita.

Ingat bermula dengan niat,
Nescaya dapa t syafaat,
Kemudian ikut syariat,
Ilmu sedikit jadi padat.....................

Monday, January 18, 2010

Polisi Hidup di Bumi


Pagi ini sungguh damai,
Sesejuk cuaca pagi,
Aku bula membuka pintu,
Bermula dengan doa qunut,
Ramai yang sudah keluar,
Namun ada yang masih mati,
Iaitu mereka yang belum dibangunkan ,
bermulalah hari ini hari Selasa.

Zarah darah yang bergerak,
Titik peluh keringat yang basah,
Berat daya fikiran dan minda,
Belajarlah segala di muka bumi,
Bersabar adalah anak kunci,
Syahadah sepanjang menjadi geran,
Hidup di bumi tuhan.

Ada yang menjadi Tukang Kebun,
Ada yang berniaga,
Ada yang menjdi Perdana Menteri,
Semua sama disisi Ilahi,
Renung renungkanlah,
Menjadi insan bukan mudah,
Kita ada tuan untuk disembah,
Hidup bukan semberonok sahabat.

Disitu ada jalan,
Disini jalan mati,
Insaflah dengan lalai,
Dengan astagfirullah............

Sunday, January 17, 2010

Daya Rohani Sebalik Hakiki



Apa yang ku mengaji,
Sesuatu yang ku mengkaji,
Kaji alam bumi semesta,
Antara desakan dan taruhan,
Dengan akal pundakku,
Menahan nafsu naluri,
Istimewa Roh dan Jasad
Dua alam yang berbeda,
Datangnya kebenaran,
Tersirna Kebatilan,
Berkelip mata dengan izinNya,
Bayang apa kuasa yang ada,
Ialah anugerah pemberian kholiq,
Kepada makhluk yang alpa,
Adakah cukup dibalas dengan noda noda dosa,
Renungkanlah,
Hari ini patut lebih baik dari semalam,
Dengan izian jua aku mengarang,
Dengan izin juga aku menyusun,
Kutamatkan dengan,
Wallah Hualam..................

Tajamnya Lidah Bila Bercakap





Kalau besi itu keras,
Kalau banggunan itu utuh,
Kalau emas itu mahal,
Semua itu benar.

Lidah ada 5 deria rasa,
Satu ciptaan yang agung,
Pahit manis masam payau tawar,
Ini sebahagaian dari kuasa Allah.

Mari menyelami lagi,
Suara yang keluar dari mulut,
Lidah bergetar getar,
Pelbagai nada suara yang keluar.

Ia boleh terjulur,
Boleh dibentuk,
Boleh pulabergulung,
Subhanaallah.

Tajamnya apabila berpetah,
Kadang boleh jadi fitnah,
mari kita beringat sesama
Nauzubillah min zalik,

Lahjah yang keluar dengan zat,
Zat ialah anugerah ilahi,
Kita mentuankan Allah,
Carilah keredhoan darinya.

Hamba menulis dengan gerak,
Apa yang tertulis dengan niat ,
Niat untuk Meaqzomkan Allah,
Dengan melihat sifat alat manausia.

Monday, January 11, 2010

Gerak Suci



Nafas ku keluar masuk,
Kanan untuk Allah,
Kiri untuk Muhammad,
Aku yang bernafas.

Semua dengan izin,
Semua dengan gerak,
Raja badan Roh,
Perdana menteri minda.

Dikawal selia oleh hati,
Digantung tak bertali,
Bertali tak digantung,
Ibarat air pasang surut.


Merah air muka,
Panas ditelinga,
Kembang dikepala,
Bukan lagi alam nyata.

Belajar erti bersabar,
Belajar apa sabar,
Jadilah penyabar,
Mudah elok di padang mahsyar,

Niat yang baik,
Datang dari desakan murni,
Belajar benda suci,
Kelak jadi wali.

Mari kita mengaji,
Dalam perjalanan hidup,
Seperti daun luruh kebumi,
Melihatlah dengan tanda.

Apa yang ku tulis,
Senda gerakan jari jemari,
Terkadang ikut cerita dulu,
Inilah dia pengalaman duniawi.

Saturday, January 9, 2010

Ke sebut namamu di angin nan lalu

Bak seruling kasih suci,
Meniup lagu sang hanuman,
Merdu asyik sekali,
Siapa mendengar dihati.

Pecah riuh suasana desa,
Permai sungguh kampung ini,
Menjadi penawar hati duka,
Menjadi penghias jiwa lara.

Ku bersyair biar fasih,
Sambil jemariku bertasbih,
Ada ilmu yang terikat,
Ada juga yang tertambat.

Inginku mencari Dia,
Raja agung Sekelian alam,
Insan kerdil ini bernyanyi,
Nyanyian rindu nazam berkasih.

Ah sungguh nakal pukulan nafsu,
Lintah darat tentang noda,
Noda dosa mungkar segala,
Kembali akur dengan taubat.

Pintu jalan masih terbuka,
Mana yang Hak mana Batil,
Niat iklas suci murni,
Menjadi bekalan dalam perjalanan.

Sekian dulu wadah ini,
Fardhu asar sudah tiba,
Cuaca panas musim timur,
Menawar a;zim kuasa Ilahi.

Salam malaya,
Biduan Kg Pasir Tambun

Wednesday, December 30, 2009

Istana Budaya , Adat Bangsa

Daripada lenbah sungai,
Terpesona singgahsana,
Banggunan tinggi megah,
Menggapai awan nan biru.

Aku ajak bernyanyi,
Disamping syair dan lagu
Melarik Mata Pena asmara
Yang mengambarkan  menara.

Disebalik selindang biru
Tersimpul satu azimat ,
Dari yang maha kuat ,
Agar haram halal tidak bersatu ,

Gema gemalai senyum
Keasyikan kota raya
Malam dingin jadi gema
Gamat di bistro dan bar.

Inikah hakikat ?
Inikah rahmat ?
Inikah hikmat  ?
Tipu daya kotaraya ..?

Asyik leka bersuka ria
Hingga lali lalai syariat
Tiang panji bersemi
Yang bukannya teka teki ..

Sungguh aneh lagi hairan
Fitnah Dombaan bak amalan
Tikam menikam sampai padam
Yang Zalim diangkat mandat..

Berani kerana benar
Kecundang dek tipu daya
Dan jua amalan rasuah
Antara nampak dan nyata

Walau berbeda zahirnya
Namun serupa pada nada
Selari pada kadar sama
Walau sebutan tak sama.

Lang Puteh-- Jitra Kedah
afifmalaya.blogspot.com

Saturday, December 19, 2009

Allah Rabbi Rabbuna Rabbukum

Dia yang satu,
Mempunyai hak,
Kita hanya pinjaman,
Isikan dirimu.

Apa yang perlu diisi,
Isilah gentar dan takut,
Kita memohon ampun maaf,
PadaNya yang maha pengampun.

Diulek mimpi siang malam,
Terkapa mengapa disana,
Tapi disini sakit perit,
Alam Nyata dan Ghaib bersama.

Ilmu kotor dan jijik,
Dikutip ambil,
Tanpa ilmu sedalam isi,
Ibarat menangguk air yang keruh.

Bingkaslah bangun sedar segala,
Penipuan shak wasangka,
Menjadi batil dalam rakus,
Dunia oh dunia.

Duit ringgit jadi ukuran,
Upah segala jadi sukatan,
Tidak mengenal dirimu tuan,
Hidup dalam bayang igauan.

Nauzubillah hi min Za lik
Aukama Qall
Inna Lillah
Al-Fatihah.

Friday, December 18, 2009

Wasiat

Bulan baru bulan hijrah,
Manusia mula bertingkah,
Berfikir amalan baik buruk,
Amalan sebati dalam diri.

Bukanlan lakonan duniawi,
Tersenyum angkuh bukan soalan,
Ditimbang disukat oleh malaikat,
sungguh tepat dan padat.

Berhati hati memberi syafaat,
Amalan baik meninggallan wasiat,
Segala tersirat jadi tersurat,
inilah dia dinamakan hakikat.

Melihat hutan belantara hijau,
Bila kemarau kuning daunnya,
Cukup hari luruhlah ia,
Tanpa sentuhan sesiapa.

Itu tanda dia yang agung,
Memerintah dunia seorang diri,
Tidak berkehendak kepada mahluk,
Wujudnya sendiri Rabbi Alamin.

Kita takot menjadi iman,
Mendengar melihat dia yang Maha,
Kita kerdil lagi halus,
Halusnya kita bagaikan buih.

Dia pengampun dia yang Rahim,
Mintalah segala yang kita mahu,
Dari pandangan hakikat,
Berilah padaku Engkau yang berhak.

Umpan SiaKap dengan udang,
Kalau lah rezki sotong pun boleh,
Sekali meenyentap bersorak sorai,
Gagal si pancing kerana Rezki.

Belajar ilmu bertahun tahun,
Yang mana manfaat jadikan pedoman,
Gunalah dia dengan manfaat,
Jangan jadikan amalan Khurafat.

MAAL HIJRAH 1431