Monday, November 30, 2009

Khayalan & Amalan


Manusia seperti juga hidupan yang lain,
Manusia mempunyai akal dan nafsu,
manusia adalah makluq kepada kholiq,
manusia terkadang melampaui batas.

dari pandangan mata turun ke hati,
hati menghukum hukuman nafsi,
Nafsi atas desakan iblis,
Iblis adalah Musuh Allah.

Pedoman mungkin tekadang sampai,
kashaf mungkin terkadang anugerah,
tertipu sendiri dengan desakan hawa yang meruntun.
Khayal dengan amalan, solat, puasa hanya Riak yang timbul.

Al Quran Kalamullah
Hadith Sanat Nubuwwah
Khilafiah Alim Ulamak
Husnu Dzhon baik Sangka
Suuk Dzhon Sangka buruk.

Wallah HU Aqlam
Hanya Allah Yang Tahu RahsiaNya
Merendah diri seribu baik Dari Tinggi Diri
Bercakap Yang Tahu lebih baik Dari Manabur Fitnah

Iman Terbahagi kepada 60 cabang
Salah Satu Cabang adalah Malu
Malu sebahagian daripada iman
Carilah Di mana Iman....

Friday, November 27, 2009

Jalan Ada ( 3 )


Pada perjalanan kita ada permulaan dan ada kesudahan.Titik mula dalam perut ibu iaitu sejak dari dalam rahim.Setelah dilahirkan kita pilih jalan kita sendiri.Disini terbahagi antara 3 fahaman.

1- berjalan dengan sendiri
2-menjalankan kehidupan sendiri
3-dibawa berjalan

jika tadinya mula kehidupan dari rahim , maka setelah dilahirkan kita sendiri menjalankan kehidupan di luar.Apabila selesai berjalan dan menghirup kehidupan luar sampai pula saatnya kitadikembalikan ke tempat asal;iaitu Allah

Maka tinggalllah segala yang dikasihi, badan sendiri,pancaindera sendiri, anak anak sendiri,sanak saudara serta isteri yang agung di cintai.Ini semua perlu akur kerana yang datang menjemput adalah yang mempunyai Hak( rabbi , rabbana, rabbuna )


bersambung...2.57 pm

Merokok : Antara Tabiat dan Ketagih


Kata orang merokok merugikan dan membahaya kesihatan,
Fakta telah membuktikan bahawa ramai yang mengidap penyakit kronik seperti,
Jantung, darah Tinggi, dan lain lain.

Penulis juga seorang perokok,dari kaca mata penulis merokok hanya perbuatan yang sia sia malah merugikan kerana harga rokok agak mahal.Tujuan hari ini penulis mengupas tentang rokok adakah kerana ingin memberi kesedaran sendiri bahwa penulis sendiri seorang yang zalim pada diri.

Seperti sepotong ayat al-Quran ; Janganlah kamu sengaja mencampakkan tangan2 kamu kedalam bahaya kebisaan.

Tuan Tuan dan puan puan, asuh dan didiklah anak2 saudara sekalian supaya tidak mengamalkan TABIAT atau KETAGIHAN Merokok

Thursday, November 26, 2009

Dinamiknya Hidup Kita

Dinamika kehidupan alam nisan,
penghijrahan badan alam rohani
Terkupas kulit melihat isi,
Itulah dia badan jasmani.

Tuahnya badan boleh bergerak,
Anehnya nafas tarik hembus,
Aku Rohani,
Saya jasmani.

Dia yang hak,
Dia yang beri,
Dia yang a'lim
Dia Yang Mahu.

Saya aku kami berbincang,
Kami aku saya bercadang,
Dia yang Kehendak,
Dia jua Yang Kholiq

Masa :07.30 malam ( Raya Aidil Adha )

Wednesday, November 25, 2009

Antara Mengandung dan Menanggung

Seksa aku dikandung,
bak dia yang mengandung,
mereka pula beruntung,
Ibu juga mengandung.

Setelah terbit dari kandungan,
Lahirlah aku yang dikandung,
Mana kandungan terkandung,
Ibu pula mengendong.

Atas bumi tadaklah susah'
penat riuh kabut pecah,
Riang pula merasa lelah,
Akibat ikutan membawa padah.

Apa menanggung apa mengandung,
Apa rahmat , mana rahim,
Sama menanggung,
Berlainan pula isi kandungan.

Orang akan tetap menanggung,
Sebelum lahir Dikangdung,
yang terkandung pada ku,
Sebelum ini menjadi Sir'

Saturday, November 21, 2009

HIJRAH

Suratan Atau Kebetulan







Pada awal bulan Zulhijjahtah ramai yang berpusu pusu pergi ke Kota madinah dan Kota Mekah.Pada mereke inilah peluang untuk gandakan amal syariat dan juga untuk memohon ampun dan taubat setelah berlalunya bulan ramadhan tempoh hari.






Kesederan ini penulis berasa terpanggil untuk menukil sehias kata sedikit sebanyak ilmu yang sangat cetek Anugerah Allah.Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga sara ahli keluarga.






Niat yang baik membawa manfaat yang panjang, dan juga melakukan tamrin atau latihan menunduk diri yang membawa kita ke alam tawaduk.Saudara sekalian , kekadang iman kita adalah terdiri daripada 3 categori :






a) naik dan turun ( manusia biasa )






b) tidak naik dan tidak turun ( para malaikat )






c) naik dan tidak turun ( para nabi & rasul )










create by : Mohd Afif Shukri


company : warakah ula

Monday, November 16, 2009

BIRD and COCONUT

Pujangga bahasa ;melihat sesuatu hendaklah menggunakan mata burung , dan janganlah pula melihat dgn mata tempurung...hafiz mohamad (kg darat changlun )