Monday, January 30, 2012

Titik Persamaan , Ruang Perbedaan.
















Bila penaku berhenti,
Terhenti kata kataku,
Lisan ku berkata lagi
Pundakku mengerti,


Mula baca mengaji,
Kalam Kalami ,
Usul asal menyusuli,
Asal azali..
Mula menyelami..,

Salah sedari,
Leka alpa mengenali,
Suci Bahsa Wali,
Sukar dikongsi.

Byak kesamaran
Pemerhatian Awamiah..
Terumpun Pemahaman
Terumpan Perbedaan..,
Berbeda sesama Kumpulan Sendiri,
Walau Serupa Yang Dianuti..,

Apa ada dengan lambang,
Apa ada Dengan Ramai,
Gah juga tidak Direstu..,
Walaupun berundur tak kalah.
Adat menang dunia ...
Atas carian nawaitu sendiri .
Sukar berkongsi kongsi..
Rasa bersama tak sepersamaan
Rasa paham tak sepermahaman
Duduk sekali tak Bersekeduukukan,
Ibarat Berdehem Batuk ..Tapi Maksud Tak Serupa.
Bak Ular Menyusur Akar..
Namun Bisa Takkan Hilang..

Destinasi alamat Sama,
Sampai tiba masa Tak sama,
Dapat berbeza,Bawa Sendiri Jalan Sama ...
Bejalan Kawat kaki sama seinci,
Lengggang tak serupa.
Tiada hebat dipandang.Disanjung.
Namun kosong amali.
Dia Rahmat Dia Rahim, Dia Razak. Dia Qadir
Tuhan Sekalian Alam,
Dalam Alam Adanya Adam,
Yakni Kita Semua.
Tiada Daya Kita Tanpa Izin Nya Jua...

Lang --AFIF-- Puteh
Jitra 5.15pm
Isnin 11/03/2013





















































Wednesday, January 25, 2012

Sunday, January 22, 2012

BilaTin Kosong Berbunyi.....

ramai menanti dikedai kopi,
berseri seri bila menanti,
mula cerita itu ini,
mula menuduh membuta tuli,

bila asyik berbicara,
bahasa sebagai senjata,
dipacu oleh sang hawa,
mensyuarat bertukar mencela kata,

mana dia hormat hormati,
mula membuka aib aibi,
mula menuding jari jemari,
hilang lah sifat munundukdiri,
timbullah sifat mula membenci,
ujudlah sifat membenci diri,
sombong bongkak berdiri sendiri,
pejamlah mata matilah hati,

semua patut diteladani,
bukan lagi maki memaki,
nukleoskan nur cahaya rezki,
jadilah seperti sifat sang padi,
makin menunduk bila berisi.

Kosa Kata Penulis :-

Pada era global musim baru lembaran tahun 2012,segala pintu punca rezki menjadi bahan  cerna rasa ,mula berbicara tentang poket yang tengah kering, kurang kerja,kurang pula isi poket,adat ,manusia bila ada lupa alpa, bila ada lupa diri.

Ditempiaskan bila menyanyi sering dilupai,bila melupai sendiri berasa sepi.Bukan perbuatan org luar ianya akibat diri yang sering melupai dam melupakan.Yang hadir bersama bila senang ,yang meninggaklan bila susah.Ini semua rahmaat dan rahiim nya agar kita selalu ingat tidak sesekali melupakan Nya..
12.40pm ahad-Anak Bukit


Tuesday, January 17, 2012

Ujian Ku Sangka Anugerah

Segunung harta,
Setimbun emas,
Makan nan mewah ,
Cerita yang indah,

Itu tampilan sementara,
memberi tamparan kelekaan,
yang mengancam alpa leka,
ditengah tengah kesihatan,
ditepi tepi kesanjungan,
dibelakang ramai jadi tunjang,
tujuan hunus mata rambang,
disebalik hak mata hati jiwa.

Kesedaran ini dinilai kembali,
apa betul dan apa salah,
itulah sebaik timbangan diri,
diam tak takot,berundur tak gentar,
ini semua hanya boneka mata,

lantas jadi diri kita,
jangan jadi orang dirinya,
cuba cuba kenal diri,
itulah cahaya nur kenal ilahi....

afifmalaya.blogspot.com time 2.07pm ( 17/1/2012 ))